As salam dan salam sejahtera,
Selamat tahun baru..! Selamat datang tahun 2018. Ini adalah entry yang pertama untuk tahun 2018. Hampir setahun rasanya tidak bersiaran.. Blog ini dah penuh sawang..
Pada entry kali ini, Rina nak kongsikan pengalaman sendiri mengenai Vitamin C.
Alkisahnya begini.
Semalam, semasa balik kerja, Rina ada kena hujan renyai-renyai. Dalam hati dah berkata, jangan la demam sebab banyak kerja kat opis dan Rina tak boleh makan ubat sebarangan sebab tengah pregnant.
Sampai rumah je, Rina terus pergi mandi, bersihkan diri. Malam tu macam biasa je.. Tak ada tanda-tanda nak demam pun.. So, Rina ingat ok je la kan.. Tapi rupanya tak.. Pada pukul 2 pagi, Rina terjaga.. Waktu tu, hidung dah tersumbat, tekak dah perit. Dah mula batuk-batuk. Bernafas pun guna mulut. Susah sangat nak tidur. Jadi Rina bangun, dan terus telan 2 biji vitamin C.
Alhamdulillah, bangun pagi ni, Rina rasa segar dan tiada lagi masalah hidung tersumbat dan tekak perit.
Sebenarnya, vitamin C ini memang bagus sangat untuk menguatkan sistem imun. Antaranya ialah :
- Meningkatkan Sel Natural Killer
- Natural Killer atau sel pembunuh semula jadi merupakan sel darah putih yang mencari dan membunuh sel kanser atau sel lain yang boleh membahayakan badan. Natural Killer merupakan salah satu bahagian semula jadi sistem imun badan. Salah satu cara untuk meningkatkan sel-sel Natural Killer ini ialah dengan pengambilan vitamin C secara konsisten. Vitamin C akan mengaktifkan sel Natural Killer sehingga sistem imun badan memiliki pelindung tambahan dari berbagai penyakit termasuk penyakit kanser.
- Vitamin C untuk Neutrofil
- Neutrofil merupakan sejenis sel darah putih yang bertujuan untuk melawan jangkitan penyakit yang masuk ke dalam badan. Neutrofil yang termasuk bahagian sistem kekebalan badan ini akan menyerang bakteria dan seterusnya memusnahkannya. Salah satu cara yang membolehkan neutrofil bekerja dengan baik ialah dengan pengambilan vitamin C yang konsisten. Vitamin C akan membantu neutrofil dalam membunuh dan menghalang serangan dari virus serta bakteria jahat dalam badan.
- Vitamin C untuk Limfosit
- Limfosit merupakan sejenis sel darah putih yang bertanggungjawab untuk merangsang imun ketika virus dan bakteria masuk ke dalam badan. Limfosit akan membantu melawan dan mencegah jangkitan bakteria dan virus termasuk melawan sel kanser. Jika jumlah limfosit menurun, maka kemampuan tubuh dalam melawan jangkitan akan turut berkurang. Vitamin C akan membantu meningkatkan prestasi limfosit dalam mengesan virus dan bakteria yang boleh mengancam kesihatan badan.
- Vitamin C untuk Antibodi
- Antibodi juga disebut sebagai immunoglobulin merupakan protein yang dihasilkan oleh badan dalam membantu melawan zat asing dalam badan. Ketika seseorang sakit, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit tersebut. Dan salah satu cara efektif untuk meningkatkan prestasi antibodi ialah dengan mencukupi keperluan vitamin C dalam badan. Vitamin C sangat kuat dalam membentuk antibodi yang boleh meningkatkan kekebalan badan.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vitamin C ini. Jadi, tunggu apa lagi..?
Mari cepat-cepat dapatkan Vitamin C ini untuk kesihatan diri anda.
Yang hendak menjana pendapatan dengan Shaklee juga boleh hubungi Rina.
Rina akan bantu untuk anda mendaftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee.
"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"
"Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit"
FARINA MONTALIB | 011-10163112
ig : @shakleebyrina
FB : Farina Montalib

No comments:
Post a Comment