Monday, January 15, 2018

PROMO TAHUN BARU, JAN 2018 - OMEGA GUARD

As salam dan salam sejahtera,

Seperti biasa, setiap bulan ada sahaja promosi daripada Shaklee.. Dan untuk tahun baru dan bulan baru ini, Shaklee telah buat promosi OMEGA GUARD, BELI 3 LESS 5%. Promosi ini berlangsung sehingga hujung bulan Jan 2018. 

MINYAK IKAN TULEN BERKEPEKATAN TINGGI

Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan - asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekaran 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadminum, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.




* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

FARINA MONTALIB | 011-10163112
IG : @shakleebyrina
FB : Farina Montalib

Friday, January 12, 2018

SUPPLEMEN KECUTKAN FIBROID DAN CYST

As salam dan salam sejahtera,
 
Sejak akhir-akhir ini, Rina dihujani pertanyaan tentang supplemen Shaklee yang boleh membantu kecutkan fibroid dan Insya-Allah seterusnya terus hilang.
 
Sebelum Rina beritahu apa supplemen yang sesuai, kita perlu tahu apa itu fibroid dan puncanya.
 
Apa itu FIBROID..?
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.
 
FIBROID Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Sumber maklumat : Dr Hamid Arshat

Saranan Supplemen Untuk Kecutkan Fibroid

GLA Complex
  • dapat membantu masalah hormon sekaligus dapat mengecutkan Fibroid.
  • sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - merupakan hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
  • Mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
  • berasal dari bunga borage flower yang kandungan GLA lebih tinggi dari Evening primerose. Shaklee bukan sahaja menghasilkan GLA semata-mata, malah ia juga menghasilkan gabungan dengan vitamin-E kerana antara kepentingan tubuh wanita ialah antioksidan melawan radikal bebas.
CarotoMax
  • mempunyai vitamin A terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita.Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan antioksidan yang baik untuk mengawal radikal-radikal bebas.
Vitamin C
  •  berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu untuk pembentukan kolagen serta membantu penyerapan zat besi secara maksimum.
Vitamin E
  •  salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • keluarga vitamin yang larut dalam lemak dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh. Antioksidan adalah senjata yang melawan radikal bebas. Radikal bebas adalah sumber penyebab penyakit yang boleh berkembang dalam tubuh.



Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi info baru serta membantu anda mengatasi cyst/fibroid. Pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang amat penting dalam kehidupan seharian.

Untuk pembelian dan konsultasi, boleh hubungi Rina.
Yang hendak menjana pendapatan dengan Shaklee pun sangat dialu-alukan. Saya boleh mendaftarkan diri anda untuk menjadi ahli Shaklee.

"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

FARINA MONTALIB | 011-10163112
IG : @shakleebyrina
FB : Farina Montalib 
 

Sunday, January 7, 2018

VITAMIN C MENGUATKAN SISTEM IMUN BADAN

As salam dan salam sejahtera,

Selamat tahun baru..! Selamat datang tahun 2018. Ini adalah entry yang pertama untuk tahun 2018. Hampir setahun rasanya tidak bersiaran.. Blog ini dah penuh sawang.. 

Pada entry kali ini, Rina nak kongsikan pengalaman sendiri mengenai Vitamin C.
Alkisahnya begini.

Semalam, semasa balik kerja, Rina ada kena hujan renyai-renyai. Dalam hati dah berkata, jangan la demam sebab banyak kerja kat opis dan Rina tak boleh makan ubat sebarangan sebab tengah pregnant.

Sampai rumah je, Rina terus pergi mandi, bersihkan diri. Malam tu macam biasa je.. Tak ada tanda-tanda nak demam pun.. So, Rina ingat ok je la kan.. Tapi rupanya tak.. Pada pukul 2 pagi, Rina terjaga.. Waktu tu, hidung dah tersumbat, tekak dah perit. Dah mula batuk-batuk. Bernafas pun guna mulut. Susah sangat nak tidur. Jadi Rina bangun, dan terus telan 2 biji vitamin C.

Alhamdulillah, bangun pagi ni, Rina rasa segar dan tiada lagi masalah hidung tersumbat dan tekak perit. 

Sebenarnya, vitamin C ini memang bagus sangat untuk menguatkan sistem imun. Antaranya ialah :

  • Meningkatkan Sel Natural Killer
          - Natural Killer atau sel pembunuh semula jadi merupakan sel darah putih yang mencari dan membunuh sel kanser atau sel lain yang boleh membahayakan badan. Natural Killer merupakan salah satu bahagian semula jadi sistem imun badan. Salah satu cara untuk meningkatkan sel-sel Natural Killer ini ialah dengan pengambilan vitamin C secara konsisten. Vitamin C akan mengaktifkan sel Natural Killer sehingga sistem imun badan memiliki pelindung tambahan dari berbagai penyakit termasuk penyakit kanser.

  • Vitamin C untuk Neutrofil
         - Neutrofil merupakan sejenis sel darah putih yang bertujuan untuk melawan jangkitan penyakit yang masuk ke dalam badan. Neutrofil yang termasuk bahagian sistem kekebalan badan ini akan menyerang bakteria dan seterusnya memusnahkannya. Salah satu cara yang membolehkan neutrofil bekerja dengan baik ialah dengan pengambilan vitamin C yang konsisten. Vitamin C akan membantu neutrofil dalam membunuh dan menghalang serangan dari virus serta bakteria jahat dalam badan.

  • Vitamin C untuk Limfosit
         - Limfosit merupakan sejenis sel darah putih yang bertanggungjawab untuk merangsang imun ketika virus dan bakteria masuk ke dalam badan. Limfosit akan membantu melawan dan mencegah jangkitan bakteria dan virus termasuk melawan sel kanser. Jika jumlah limfosit menurun, maka kemampuan tubuh dalam melawan jangkitan akan turut berkurang. Vitamin C akan membantu meningkatkan prestasi limfosit dalam mengesan virus dan bakteria yang boleh mengancam kesihatan badan.

  • Vitamin C untuk Antibodi
        - Antibodi juga disebut sebagai immunoglobulin merupakan protein yang dihasilkan oleh badan dalam membantu melawan zat asing dalam badan. Ketika seseorang sakit, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit tersebut. Dan salah satu cara efektif untuk meningkatkan prestasi antibodi ialah dengan mencukupi keperluan vitamin C dalam badan. Vitamin C sangat kuat dalam membentuk antibodi yang boleh meningkatkan kekebalan badan.



Sebenarnya banyak lagi kelebihan Vitamin C ini. Jadi, tunggu apa lagi..?
Mari cepat-cepat dapatkan Vitamin C ini untuk kesihatan diri anda.

Yang hendak menjana pendapatan dengan Shaklee juga boleh hubungi Rina.
Rina akan bantu untuk anda mendaftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee.

"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

"Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit"

FARINA MONTALIB | 011-10163112
ig : @shakleebyrina
FB : Farina Montalib