Wednesday, July 20, 2016

HERB-LAX SHAKLEE : KEBAIKAN DAN FUNGSI

As salam dan salam sejahtera,

Kali ni Rina nak kongsikan kebaikan dan fungsi agen detox ni. Pada entry yang sebelumnya, Rina ada kongsikan pengalaman Rina tentang pengambilan agen detox - Herb-Lax. Baca sini.

APA ITU HERB-LAX..?

Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.


  • Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
  • Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu percernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  • Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses percernaan
  • Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi
  • Blue Malva Flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tesktur kulit
  • Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus. Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan dengan lebih lancar.

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN HERB-LAX :

  • Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dalam tubuh
  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • membantu masalah sembelit
  • melawaskan pembuangan air besar
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba

CARA MAKAN HERB-LAX..?

Ia sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke atas serta orang dewasa.
  • untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

SIAPA YANG PERLU AMALKAN HERB-LAX..?
  • pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan supplement akan lebih cepat dan berkesan. Maklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga. Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan supplement pasti mengindahkan lagi rumah perut kita.

Mencegah lagi baik dari merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant


Tuesday, July 19, 2016

HERB-LAX SHAKLEE - AGEN DETOX SEMULAJADI

As salam dan salam sejahtera,

Entry kali ini Rina nak kongsikan pengalaman Rina sendiri apabila mengamalkan agen detox semulajadi dari Shaklee iaitu Herb-Lax. Ianya adalah salah satu produk yang unggul untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit serta mampu membersihkan usus.

Sebenarnya dari zaman sekolah lagi Rina sudah mengalami masalah sembelit. Kalau nak membuang, memang sakit. Kadang-kadang dah 2, 3 hari baru dapat membuang. Itu pun dah makan pisang banyak sebab dah sakit perut tapi tak dapat membuang. Sembelit Rina bertambah teruk apabila dah mula kerja. Sampaikan Rina pernah bergantung sepenuhnya dengan ubat yang doktor beri. 

Hampir dua tahun bergantung pada ubat, Rina terfikir sampai bila nak macam ni. Kalau nak membuang je, kena makan ubat. Pada suatu hari, Rina tertarik dengan posting seorang kawan sekolah Rina tentang Shaklee. Rina pun mesej dia, usha-usha tentang produk Shaklee ni. Rina tertarik, terus daftar sebagai ahli dan terus beli sendiri melalui online. Hampir seminggu juga la tunggu barang sampai.. hehe

Barang sampai je, Rina rasa teruja sangat nak cuba. Malam tu juga Rina makan terus 4 biji, sedangkan kawan Rina cadangkan 2 biji dulu. Makan sebelum tidur ye dan minum air secukupnya. Waktu tu, Rina minum dalam 2 gelas air masak. Rina memang nak baik dari rasa sakit sembelit ni. Tak nak bergantung pada ubat lagi. Itu memang azam Rina.. hehe

Keesokan paginya, perut Rina memulas-mulas. Sakit sangat. Tak pernah rasa sakit macam tu. Dan Rina terus pergi ke tandas, melepaskan segala hajat. Teruk juga la waktu tu. Rasa macam kena cirit birit pun ada. Tapi memang puas hati dengan Herb-Lax ni. Lepas tu, Rina memang konsisten ambil Herb-Lax ni. Setiap 2 minggu memang Rina akan telan 4 biji sebelum tidur. 

Alhamdulillah, kesan dari pengambilan yang konsisten, Rina bebas dari masalah sembelit dan yang paling best, perut pun kempis je, tak buncit.

Anda juga mengalami masalah sembelit ataupun mahu kempiskan perut yang buncit tu, boleh hubungi saya untuk membeli produk ini. Mencegah lebih baik dari merawat. 




Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant

SUPPLEMENT ANTIBODY SHAKLEE

As salam dan salam sejahtera,

Hari ini, saya nak bercerita pasal sistem imun badan kita atau lebih dikenali dengan sistem antibodi badan.. maklumlah sekarang ni cuaca tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Mana yang antibodi tak kuat, memang senang kena demam.. Saya lah salah sorang yang senang cepat kena demam.

Apakah Sistem Imun..?

Sistem Imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang melindungkan organisma melawan penyakit. Untuk berfungsi dengan betul, sistem imun mesti mengesan pelbagai agen, dikenali sebagai patogen, daripada virus hingga cacing parasit, dan membezakannya daripada tisu sihat milik organisma itu sendiri. Pada banyak spesies, sistem imun boleh dikelaskan kepada subsistem, seperti sistem imun semula jadi melawan sistem imun suaian, atau keimunan humor melawan keimunan berperantara sel.

Bagaimana Sistem Imun berfungsi..?

Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanfaat (jutaan bakteria dalam usus membantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi bahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.

Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak dan virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf sekaligus mengakibatkan lumpuh.

Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus dan bakteria. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama :



  • ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki saluran darah
  • jika bakteria atau virus memasuki saluran darah, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
  • jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.
Dalam setahun, berapa kali anda pergi ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan..? Sampaikan orang sekeliling cakap hospital atau klinik tu sudah menjadi rumah kedua bagi anda..? Kalau memang kerap sangat ke klinik atau hospital, saya syorkan anda mengambil dan mengamalkan supplement Shaklee iaitu NUTRIFERON dan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS bagi meningkatkan sistem imun anda.

Kenapa saya mengesyorkan supplement-supplement tersebut..? Ini kerana saya sendiri mengamalkannya dalam kehidupan seharian saya. Bila tanda-tanda saya akan demam datang seperti sakit tekak dan badan seperti lemah je, cepat-cepat saya ambik 1 sachet Nutriferon dan 2 biji Vitamin C (dipatahkan dua). Keesokannya atau hari kedua, alhamdulillah, demam tak sempat menjengah.. Kemudian, saya memang konsisten mengamalkan Vitamin C untuk kekal maintain sihat..
Alhamdulillah, sejak mengamalkan kedua-dua supplement berkenaan, saya jarang diserang demam.

Nak tahu bagaimana kedua-duanya berfungsi..?

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan interferon semulajadi dalam badan kita. Ia mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari. Nutriferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara menyeluruh sistem imun dan berfungsi untuk membunuh virus dan bakteria jahat. Malah bagi mereka yang alergi, adalah amat digalakkan mengambil Nutriferon untuk bina antibody dalam badan - elak rasa gatal-gatal badan.

Vitamin C pula sebagai agen antioksidan yang dapat membantu tubuh menyahtoksin segala toksin dan bahan kimia yang boleh mengancam sistem imun tubuh. Vitamin C memang kaya dengan antioksidan dan ia berfungsi untuk membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan saluran darah kita. Amalkan Vitamin C sebiji setiap hari, Insya-Allah kadar akan dijangkiti virus selesema dan demam akan berkurangan.





Mencegah lebih baik daripada merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant