Tuesday, July 19, 2016

HERB-LAX SHAKLEE - AGEN DETOX SEMULAJADI

As salam dan salam sejahtera,

Entry kali ini Rina nak kongsikan pengalaman Rina sendiri apabila mengamalkan agen detox semulajadi dari Shaklee iaitu Herb-Lax. Ianya adalah salah satu produk yang unggul untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit serta mampu membersihkan usus.

Sebenarnya dari zaman sekolah lagi Rina sudah mengalami masalah sembelit. Kalau nak membuang, memang sakit. Kadang-kadang dah 2, 3 hari baru dapat membuang. Itu pun dah makan pisang banyak sebab dah sakit perut tapi tak dapat membuang. Sembelit Rina bertambah teruk apabila dah mula kerja. Sampaikan Rina pernah bergantung sepenuhnya dengan ubat yang doktor beri. 

Hampir dua tahun bergantung pada ubat, Rina terfikir sampai bila nak macam ni. Kalau nak membuang je, kena makan ubat. Pada suatu hari, Rina tertarik dengan posting seorang kawan sekolah Rina tentang Shaklee. Rina pun mesej dia, usha-usha tentang produk Shaklee ni. Rina tertarik, terus daftar sebagai ahli dan terus beli sendiri melalui online. Hampir seminggu juga la tunggu barang sampai.. hehe

Barang sampai je, Rina rasa teruja sangat nak cuba. Malam tu juga Rina makan terus 4 biji, sedangkan kawan Rina cadangkan 2 biji dulu. Makan sebelum tidur ye dan minum air secukupnya. Waktu tu, Rina minum dalam 2 gelas air masak. Rina memang nak baik dari rasa sakit sembelit ni. Tak nak bergantung pada ubat lagi. Itu memang azam Rina.. hehe

Keesokan paginya, perut Rina memulas-mulas. Sakit sangat. Tak pernah rasa sakit macam tu. Dan Rina terus pergi ke tandas, melepaskan segala hajat. Teruk juga la waktu tu. Rasa macam kena cirit birit pun ada. Tapi memang puas hati dengan Herb-Lax ni. Lepas tu, Rina memang konsisten ambil Herb-Lax ni. Setiap 2 minggu memang Rina akan telan 4 biji sebelum tidur. 

Alhamdulillah, kesan dari pengambilan yang konsisten, Rina bebas dari masalah sembelit dan yang paling best, perut pun kempis je, tak buncit.

Anda juga mengalami masalah sembelit ataupun mahu kempiskan perut yang buncit tu, boleh hubungi saya untuk membeli produk ini. Mencegah lebih baik dari merawat. 




Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant

No comments:

Post a Comment