Tuesday, September 6, 2016

PROMO SEPT 2016 - ESP SOY PROTEIN ISOLATED POWDER

As salam dan salam sejahtera,

Kali ni, Rina kongsikan pula keistimewaan ESP - Soy Protein Isolated Powder. Produk paling hot dan terlajak laku di Shaklee. Sebelum tu, kita kenal-kenal dulu apa itu ESP..

ESP - Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk serbuk dan satu canister. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam-suam kuku untuk memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Ramuan ESP - kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Satu canister ESP (850g) dihasilkan 30 kilogram kacang soya non-GMO. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ianya adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

KHASIAT ESP - Soy Protein Isolated Powder


  • Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino untuk membina dan memperkuatkan otoo tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50 000 jenis protein, 20 000 jenis enzim dan lain-lain.

  • Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya non-GMO. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolestrol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. ia juga baik untuk mencegah gejala 'hot flashes' sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

  • Rahsia Kulit Cantik dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit, anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilang parut.

  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya non-GMO telah terbukti mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser dari merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan prostat


  • Memulihkan dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

  • Jawapan kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee kacang soya non-GMO. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah satu daripada 7 'super-foods' yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan Lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksinkan bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi Lecithin soya ini juga dapat melambatkan proses rambut beruban, menyelesaikan masalah keguguran rambut dan keadaan rambut kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

  • Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee ini mempunyai 1001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Untuk order dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi Rina terus melalui WhatsApp.

Mencegah lebih baik dari merawat..!

Your Health & Beauty Consultant,
Farina Montalib - 016 9850823
FB : Farina Montalib


PROMOSI SEPT 2016 - ESP DAN VITAMIN C

As salam dan salam sejahtera,

Entry kali ini, sempena bulan September ni, Shaklee ada buat promosi untuk produk ESP dan VITAMIN C tau.

*Beli 2 dapat diskaun 5%
*Beli 6 percuma 1

Nak beli 1,2,3,4 atau 5 pun boleh dapat harga murah dari biasa.

Seriusly memang berbaloi sangat beli, nak beli extra ESP buat stok pun boleh sebab expired date nya lambat lagi iaitu bulan March 2018. Vitamin C pula boleh beli kongsi-kongsi dengan kawan-kawan untuk dapatkan harga yang lebih murah, expired date nya pada April 2017.



Shaker Shaklee yang baru. Nak..??
Boleh WhatsApp Rina. Tertakluk pada terma dan syarat.. hehe

Untuk order dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi Rina terus melalui WhatsApp.

Mencegah lebih baik dari merawat..!

Your Health & Beauty Consultant,
Farina Montalib - 016 9850823
FB : Farina Montalib

Thursday, August 4, 2016

OSTEMATRIX SHAKLEE - KEBAIKAN DAN MANFAAT

As salam dan salam sejahtera..

Entry kali ini Rina ingin kongsikan kebaikan dan manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE. Ostematrix ini sebenarnya kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh.


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand, menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud 'tulang poros'.


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ianya dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku dikalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber : penerangan.gov.my


Ostematrix adalah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Pengambilan kalsium dapat :


  • meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas-kebas/kekejangan
  • beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  • penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
MANFAAT OSTEMATRIX
  • membantu dalam perbentukan tulang dan gigi yang sihat
  • mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • menstabilkan tekanan darah
  • membantu dalam masalah gastrik
  • penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • mengurangkan risiko praeklampsia
  • membantu melegakan sembelit
  • membantu dalam masalah tumit kaki sakit / pecah-pecah
  • membantu dalam masalah kolestrol
  • menggalakkan kulit yang cantik
CADANGAN PENGAMBILAN OSTEMATRIX
  • Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali selepas makan
  • Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas - 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
  • Untuk tulang retak, osteoporosis - 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali
SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX..?
  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam
  • Ibu-ibu mengandung, terutamanya yang sering mengalami kebas kaki
  • Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi
  • Individu yang sering keletihan dan kerap outstation, dimana kalsium membantu mengurangkan keletihan
TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA..?
  • Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu. Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik. Sebab itu apabila membeli supplement kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-duanya perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.
PERKARA MENARIK MENGENAI OSTEMATRIX
  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin, dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
TANDA KEKURANGAN KALSIUM
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi berdarah
  • Kejang otot
  • Rambut kasar
  • Tumit kasar / pecah
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering


Mencegah lagi baik dari merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant

Wednesday, July 20, 2016

HERB-LAX SHAKLEE : KEBAIKAN DAN FUNGSI

As salam dan salam sejahtera,

Kali ni Rina nak kongsikan kebaikan dan fungsi agen detox ni. Pada entry yang sebelumnya, Rina ada kongsikan pengalaman Rina tentang pengambilan agen detox - Herb-Lax. Baca sini.

APA ITU HERB-LAX..?

Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.


  • Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
  • Licorice root - membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu percernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  • Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses percernaan
  • Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi
  • Blue Malva Flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tesktur kulit
  • Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus. Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan dengan lebih lancar.

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN HERB-LAX :

  • Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dalam tubuh
  • merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • membantu masalah sembelit
  • melawaskan pembuangan air besar
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba

CARA MAKAN HERB-LAX..?

Ia sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke atas serta orang dewasa.
  • untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

SIAPA YANG PERLU AMALKAN HERB-LAX..?
  • pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak-jinak dengan supplement

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan supplement akan lebih cepat dan berkesan. Maklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga. Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan supplement pasti mengindahkan lagi rumah perut kita.

Mencegah lagi baik dari merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant


Tuesday, July 19, 2016

HERB-LAX SHAKLEE - AGEN DETOX SEMULAJADI

As salam dan salam sejahtera,

Entry kali ini Rina nak kongsikan pengalaman Rina sendiri apabila mengamalkan agen detox semulajadi dari Shaklee iaitu Herb-Lax. Ianya adalah salah satu produk yang unggul untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit serta mampu membersihkan usus.

Sebenarnya dari zaman sekolah lagi Rina sudah mengalami masalah sembelit. Kalau nak membuang, memang sakit. Kadang-kadang dah 2, 3 hari baru dapat membuang. Itu pun dah makan pisang banyak sebab dah sakit perut tapi tak dapat membuang. Sembelit Rina bertambah teruk apabila dah mula kerja. Sampaikan Rina pernah bergantung sepenuhnya dengan ubat yang doktor beri. 

Hampir dua tahun bergantung pada ubat, Rina terfikir sampai bila nak macam ni. Kalau nak membuang je, kena makan ubat. Pada suatu hari, Rina tertarik dengan posting seorang kawan sekolah Rina tentang Shaklee. Rina pun mesej dia, usha-usha tentang produk Shaklee ni. Rina tertarik, terus daftar sebagai ahli dan terus beli sendiri melalui online. Hampir seminggu juga la tunggu barang sampai.. hehe

Barang sampai je, Rina rasa teruja sangat nak cuba. Malam tu juga Rina makan terus 4 biji, sedangkan kawan Rina cadangkan 2 biji dulu. Makan sebelum tidur ye dan minum air secukupnya. Waktu tu, Rina minum dalam 2 gelas air masak. Rina memang nak baik dari rasa sakit sembelit ni. Tak nak bergantung pada ubat lagi. Itu memang azam Rina.. hehe

Keesokan paginya, perut Rina memulas-mulas. Sakit sangat. Tak pernah rasa sakit macam tu. Dan Rina terus pergi ke tandas, melepaskan segala hajat. Teruk juga la waktu tu. Rasa macam kena cirit birit pun ada. Tapi memang puas hati dengan Herb-Lax ni. Lepas tu, Rina memang konsisten ambil Herb-Lax ni. Setiap 2 minggu memang Rina akan telan 4 biji sebelum tidur. 

Alhamdulillah, kesan dari pengambilan yang konsisten, Rina bebas dari masalah sembelit dan yang paling best, perut pun kempis je, tak buncit.

Anda juga mengalami masalah sembelit ataupun mahu kempiskan perut yang buncit tu, boleh hubungi saya untuk membeli produk ini. Mencegah lebih baik dari merawat. 




Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant

SUPPLEMENT ANTIBODY SHAKLEE

As salam dan salam sejahtera,

Hari ini, saya nak bercerita pasal sistem imun badan kita atau lebih dikenali dengan sistem antibodi badan.. maklumlah sekarang ni cuaca tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Mana yang antibodi tak kuat, memang senang kena demam.. Saya lah salah sorang yang senang cepat kena demam.

Apakah Sistem Imun..?

Sistem Imun ialah satu sistem struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang melindungkan organisma melawan penyakit. Untuk berfungsi dengan betul, sistem imun mesti mengesan pelbagai agen, dikenali sebagai patogen, daripada virus hingga cacing parasit, dan membezakannya daripada tisu sihat milik organisma itu sendiri. Pada banyak spesies, sistem imun boleh dikelaskan kepada subsistem, seperti sistem imun semula jadi melawan sistem imun suaian, atau keimunan humor melawan keimunan berperantara sel.

Bagaimana Sistem Imun berfungsi..?

Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanfaat (jutaan bakteria dalam usus membantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi bahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.

Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak dan virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf sekaligus mengakibatkan lumpuh.

Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus dan bakteria. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama :



  • ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki saluran darah
  • jika bakteria atau virus memasuki saluran darah, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
  • jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.
Dalam setahun, berapa kali anda pergi ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan..? Sampaikan orang sekeliling cakap hospital atau klinik tu sudah menjadi rumah kedua bagi anda..? Kalau memang kerap sangat ke klinik atau hospital, saya syorkan anda mengambil dan mengamalkan supplement Shaklee iaitu NUTRIFERON dan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS bagi meningkatkan sistem imun anda.

Kenapa saya mengesyorkan supplement-supplement tersebut..? Ini kerana saya sendiri mengamalkannya dalam kehidupan seharian saya. Bila tanda-tanda saya akan demam datang seperti sakit tekak dan badan seperti lemah je, cepat-cepat saya ambik 1 sachet Nutriferon dan 2 biji Vitamin C (dipatahkan dua). Keesokannya atau hari kedua, alhamdulillah, demam tak sempat menjengah.. Kemudian, saya memang konsisten mengamalkan Vitamin C untuk kekal maintain sihat..
Alhamdulillah, sejak mengamalkan kedua-dua supplement berkenaan, saya jarang diserang demam.

Nak tahu bagaimana kedua-duanya berfungsi..?

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan interferon semulajadi dalam badan kita. Ia mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari. Nutriferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara menyeluruh sistem imun dan berfungsi untuk membunuh virus dan bakteria jahat. Malah bagi mereka yang alergi, adalah amat digalakkan mengambil Nutriferon untuk bina antibody dalam badan - elak rasa gatal-gatal badan.

Vitamin C pula sebagai agen antioksidan yang dapat membantu tubuh menyahtoksin segala toksin dan bahan kimia yang boleh mengancam sistem imun tubuh. Vitamin C memang kaya dengan antioksidan dan ia berfungsi untuk membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan saluran darah kita. Amalkan Vitamin C sebiji setiap hari, Insya-Allah kadar akan dijangkiti virus selesema dan demam akan berkurangan.





Mencegah lebih baik daripada merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant


Thursday, April 21, 2016

Al-Fatihah

As salam dan salam sejahtera,

Hari ini genap 5 tahun arwah ibu saya meninggalkan keluarga. 
Tak sempat saya dan adik-adik membalas jasa budi ibu yang membesarkan kami.
Semoga arwah ibu, Suratin binti Subiran, ditempatkan disisi orang-orang yang solehah.
Amin..

Al-Fatihah..~