Thursday, August 4, 2016

OSTEMATRIX SHAKLEE - KEBAIKAN DAN MANFAAT

As salam dan salam sejahtera..

Entry kali ini Rina ingin kongsikan kebaikan dan manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE. Ostematrix ini sebenarnya kalsium yang penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh.


Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand, menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud 'tulang poros'.


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ianya dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku dikalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber : penerangan.gov.my


Ostematrix adalah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Pengambilan kalsium dapat :


  • meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas-kebas/kekejangan
  • beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
  • penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
  • penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan
MANFAAT OSTEMATRIX
  • membantu dalam perbentukan tulang dan gigi yang sihat
  • mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • menstabilkan tekanan darah
  • membantu dalam masalah gastrik
  • penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • mengurangkan risiko praeklampsia
  • membantu melegakan sembelit
  • membantu dalam masalah tumit kaki sakit / pecah-pecah
  • membantu dalam masalah kolestrol
  • menggalakkan kulit yang cantik
CADANGAN PENGAMBILAN OSTEMATRIX
  • Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali selepas makan
  • Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas - 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
  • Untuk tulang retak, osteoporosis - 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali
SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX..?
  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam
  • Ibu-ibu mengandung, terutamanya yang sering mengalami kebas kaki
  • Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi
  • Individu yang sering keletihan dan kerap outstation, dimana kalsium membantu mengurangkan keletihan
TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA..?
  • Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu. Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik. Sebab itu apabila membeli supplement kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-duanya perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.
PERKARA MENARIK MENGENAI OSTEMATRIX
  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin, dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
TANDA KEKURANGAN KALSIUM
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi berdarah
  • Kejang otot
  • Rambut kasar
  • Tumit kasar / pecah
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering


Mencegah lagi baik dari merawat. Mari dapatkan produk yang terhebat ini.
Hubungi saya :

Farina Montalib | 016-9850823
Your Health and Beauty Consultant

No comments:

Post a Comment