As salam dan salam sejahtera,
Sejak akhir-akhir ini, Rina dihujani pertanyaan tentang supplemen Shaklee yang boleh membantu kecutkan fibroid dan Insya-Allah seterusnya terus hilang.
Sebelum Rina beritahu apa supplemen yang sesuai, kita perlu tahu apa itu fibroid dan puncanya.
Apa itu FIBROID..?
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim
(myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita
dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa
disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat
umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.
Ada orang mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
Sumber maklumat : Dr Hamid Arshat
Saranan Supplemen Untuk Kecutkan Fibroid
GLA Complex
- dapat membantu masalah hormon sekaligus dapat mengecutkan Fibroid.
- sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - merupakan hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
- Mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
- berasal dari bunga borage flower yang kandungan GLA lebih tinggi dari Evening primerose. Shaklee bukan sahaja menghasilkan GLA semata-mata, malah ia juga menghasilkan gabungan dengan vitamin-E kerana antara kepentingan tubuh wanita ialah antioksidan melawan radikal bebas.
- mempunyai vitamin A terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita.Vitamin A merupakan salah satu vitamin larut lemak dan antioksidan yang baik untuk mengawal radikal-radikal bebas.
- berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu untuk pembentukan kolagen serta membantu penyerapan zat besi secara maksimum.
- salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
- keluarga vitamin yang larut dalam lemak dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh. Antioksidan adalah senjata yang melawan radikal bebas. Radikal bebas adalah sumber penyebab penyakit yang boleh berkembang dalam tubuh.
Sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi info baru serta membantu anda mengatasi cyst/fibroid. Pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang amat penting dalam kehidupan seharian.
Untuk pembelian dan konsultasi, boleh hubungi Rina.
Yang hendak menjana pendapatan dengan Shaklee pun sangat dialu-alukan. Saya boleh mendaftarkan diri anda untuk menjadi ahli Shaklee.
"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
FARINA MONTALIB | 011-10163112
IG : @shakleebyrina
FB : Farina Montalib

No comments:
Post a Comment