Tuesday, January 10, 2017

BERAPA KALI SEELOKNYA BACA AL-QURAN SEHARI..?

BERAPA KALI SEELOKNYA BACA ALQURAN SEHARI?

"Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari? Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari. Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup".

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

"Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita.Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari.

-----------------

Demikian perkongsian dari Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Jom kita semak diri kita, berapa kali kita baca Al Quran dalam sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Moga tidak dijauhkan dari hati kita, daripada keinginan untuk bersahabat dengan Al Quran..

Amin YRA..

-MNM-

credits to MASTER NANA MACARONA

No comments:

Post a Comment